Friday, April 30, 2010

kenduri

Hari ni ya pegi teknik menjawab kat USM transkerian . abg pg bertukang . mama pg rumah orang kenduri cukur kepala ( rumah Un ) .Dah siap kemas rumah , masak nasi baru la nak gerak . Cadang tengah hari nanti nak pg ambil barang avon .

Friday, April 9, 2010

Demam ….
Aprilfool , petang tu la aku kena demam seram sejuk .Suhu badan pula naik sampai 40 * . Esoknya x pegi sekolah le.......Then ( 3 hb – 9 hb ) tu terlantar le......kat umah mak. Senang kata mak ada orang tolong masak . Diala tu ...........
Suami dengan anak pula masih dengan aktiviti mereka . Anak , kelas pagi , petang dan malam . Tapi , mereka akan tido di rumah mak dan pada pagi esoknya pukul 4.30 pagi sibuk pula nak balik untuk meneruskan aktiviti .
Kawan –kawan banyak memberi sokongan dan semangat samada melalui sms juga panggilan telefon. Hari Jumaat 9 hb tu semua kwn2 di sekolah datang menziarahi ku. Shida , G , Zu, Adik Dayah , Linda , Wahida dan Lili . Rasa meriah la sikit dunia dikelilingi kwn 2. Petang tu Su dengan Ifa pula menyusul . Ini kali kedua Ifa datang . Hari Rabu tu dia dah datang sebenarnya.
Bila dah berkumpul ramai –ramai banyak la cerita yang timbul .
Hari tu juga bersarapan nasi lemak yang sungguh sedap .Itulah hari yang aku dah mula makan nasi . Selama 5 hari aku x boleh nak makan nasi .X lalu le tu.....