Thursday, March 18, 2010

Pengaplikasian pelbagai teknik pengajaran bahasa:

1. Teknik drama
2. Teknik permainan bahasa
2. Teknik latih tubi
3. Teknik bercerita

TEKNIK DRAMA

Sir John Pollock (1958)
- satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.

Teknik drama
1. Mimos
2. Arca
3. Improvisasi
4. Main peranan
5. Simulasi
6. Teater bercerita
7. Pentomin
8. Mestamu
9. Dikon
1. Mimos

 Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.
 Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
 Bahan untuk aktiviti :
-Kisah pendek, bahagian –bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.


Contoh aktivti mimos :

i.Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.
a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.
b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.


2. Arca

Kamus dewan edisi keempat :

 Patung yang menyerupai seseorang
 Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera.
 Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.
 Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.


3. Improvisasi

Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.


4. Main peranan

 Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.
 Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.



5. Simulasi

 Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.
 Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan

6. Teater bercerita

 Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon.
 Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
 Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
 Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.

7. Pentomin

 Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut.
 Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
-Peristiwa malam kemerdekaan negara

8. Mestamu

 Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
 Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
 Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
 Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

9. Dikon

 Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
 Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi.
 Teknik ini sesuai untuk sajak.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
• merangsang interaksi verbal pelajar
• menambah kefasihan dan keyakinan
• menyediakan konteks pembelajaran
• bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
• bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

TEKNIK LATIH - TUBI

 Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
 Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
 Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II. Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
III. Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
IV. Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
• Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
• Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.


TEKNIK BERCERITA

 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
• Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
• Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
• Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
• Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment